Wednesday, 4 December 2013

My Ms M

Anak saya yang seorang ni memang unik. She was born unique. Siapa siapa yang jumpa dia akan perasan keunikan budak sorang ni. Dan sepanjang 11 tahun saya hidup bersama anugerah Allah ini, macam macam benda yang dia buat yang membuatkan saya tersenyum bila mengingatkan.
 
When she was a baby, she's a happy baby. Hardly cry. When she laugh, she laugh big and loud.
 
Masa umur 2 tahun, dia lari masuk bilik air dan kunci bilik air dari dalam. Masa tu En. ID was in hospital. Panik saya dan bibik sebab takut apa apa jadi dalam bilik air yang ada baldi berisi air. Sementara bibik tengokkan dia dari cermin tingkap bilik air, saya panggil locksmith untuk buka bilik air tu. Mujur tak ada apa apa berlaku
 
Masa umur 2 1/2 tahun, saya dikejutkan dengan panggilan dari bibik pagi pagi sesampai saya di ofis. "Ibu... saya minta maaf bu.... adik bu... ya Allah bu... saya minta maaf" ulang bibik berkali kali. "Kenapa? Kenapa?" saya dah panik. "Adik potong rambutnya masa saya sedang mandi".
Saya balik, botak separuh rambut dia potong dengan gunting dapur. Bibik had a long lecture about not leaving her alone and house safety. Saya terpaksa potong rambut Ms M hampir botak untuk ratakan balik rambut dia. And because of that, dari berambut ikal lembut, sampai sekarang rambut dia kasar dan lebat.
 
At 4 years old, I lost her in Hong Kong Disneyland!
 
She talks non stop. Her favorite words that we always remember
 
"Close your eyes... no peeking".... whenever we play
"Talk to my hand"... (seriously... she said that when she's 3 when she doesn't want to hear anything which invited a stern look from us)
"Les tu" which mean "lepas tu"
"Kape?" for "kenapa?"
 
We sent her to kindy when she's 3 1/2. And she changed kindy many times.
We sent her to Sri Zesta for a while together with her sister then stop when Ms A masuk Darjah 1.
 
then
 
We sent her to Smart Reader when she 4 years old , had to pull out after 6 months because she refuse to talk in class. She just shut herself up. And it worry us because its a drastic change of behaviour
 
then pindah ke Krista. Tahan satu setengah tahun di Krista and she enjoyed Krista sebab cikgu cikgu nya baik baik sangat. Ikutkan aje cakap dia. Cikgu dia kata, kalau cikgu marah, dia akan berdiri belakang langsir and pretend that she is invisible. Homework tak buat pun cikgu tak marah. Mana tak suka kan?
 
Bila umur 6 tahun, saya tukarkan ke Q-Dees sebab saya rasa, masa untuk main main dah habis. Its time to learn. By now, Ms M masih tak boleh baca Bahasa Melayu. Only English. With an additional Mandarin lesson in Q-Dees, its a tough time for her.
 
By the way, Ms M only speaks English. Masa tu tak de lah risau sangat bila dia tak tahu cakap Melayu. Tak tahu yang bukan sikit sikit. Memang tak tahu langsung. Kalau saya cakap melayu dengan dia, dia akan cakap "English please". Masa tu Ms A ada untuk translate apa yang dia nak cakap pada bibik. Kalau yang dia tahu cakap pun basic malay macam "nak makan", "nak minum", "nak pergi taman".
 
Cikgu di Q Dees pernah cerita, dia dan kawan dia, juga budak melayu tapi tinggal lama di Australia, tengah buat colouring. Kemudian datang la sorang budak cina nak main sama. Budak cina tu ambik crayon kuning and cakap "ini kuning ke?" and Ms M and her friend, Raina looked at the girl like she's talking alien!
 
One day, Ms M came home and said her Mandarin teacher did not allow her to go to toilet during mandarin class. I asked the teacher why and the teacher said every day, at the start of the class, Ms M will say "Teacher I want to go to the toilet" in Mandarin and stay in the toilet until end of the session! hahahahaha... patut la cikgu tak kasi pergi dah. Ada ajer akal dia.
 
Because of the language barrier, she doesn't do well in kelas agama also. Ms A cakap adik asik tido aje kat kelas agama sebab dia tak paham apa ustazah cakap. And the ustazah tak boleh explain kat dia.
 
Bila masuk sekolah rendah, she masih tak lancar cakap Melayu. Cakap pun masih pelat. Sampai cikgu ingat mak dia gurkha sebab nak kata anak mat saleh, tak de rupa pan asian pun. She once asked me "Mummy.. am I English?" hahahaha... tak.... Kita Jawa..!
 
Now, at 11 years old, selepas setahun saya panggil tutor datang rumah ajar dia Bahasa Melayu, adalah improvement. Dah boleh la dapat markah 60 untuk BM. Dah pandai cakap bahasa Melayu dengan betul. Dan saya panggil juga ustazah ajar dia fardhu ain dan mengaji di rumah supaya dia lebih paham.
Tapi perangai pelik dia tu tetap ada. She still have 7 imaginary friends. She has a stuffed monkey named Kira yang dia bawak pergi mana mana. Dia tak makan sos and pegang botol sos pun tak nak. And because of her, rumah saya tak ada sos.

She is still the happy Ms M. Hidup sentiasa stress free. Bak kata Mama saya "Tak ada apa yang jadi kudis kat budak ni".
 
Everyone of us was born unique. And this is my unique Ms M

 
 
 



Thursday, 21 November 2013

Kunming Islamic Restaurant

Kunming Islamic Restaurant
No 26, Lane 81,
Fuxing North Road,
Taipei

Restoran ni agak tersorok. Seperti biasa, saya suruh orang hotel tuliskan alamatnya in chinese dan cuma tunjukkan pada taxi driver. Bila teksi berenti di depan satu lorong kecik, cuak juga rasa, Betul ke alamat ni? Kami tanya orang disitu dan disuruh jalan terus di dalam lorong kecik tu. One thing about Taiwanese, they are very helpful. Kalau tanya arah, bersungguh sungguh dia akan tunjukkan.                         
 

 
 
 
 

 
The restaurant is small but cosy
 
 
 
 
Nasi Biryani Ayam NTD 200
 
 
Fried Beef with Green Pepper
 NTD 260
 
This restaurant also serve Indian food like capati, masala and dhall.
 
Dari pengalaman selama 10 hari di Taipei ni, orang orang Taiwan lain dari orang di China atau Hong Kong. Taiwanese are more friendly, they speak English better, lebih bersopan dan bandar Taipei lebih bersih dan teratur.
 



Sunday, 17 November 2013

Yunus Halal Restaurant

This is one of the famous halal restaurant in Taipei.

Alamat:

36, Bei Ning Road,
Songshan District,
Taipei

Saya pergi naik teksi. Kena suruh orang hotel tuliskan alamat dalam bahasa mandarin. Kalau tidak, teksi driver mungkin susah nak paham. Bei Ning Raod tu orang sini sebut Pei Ning Lu.

Landmark nya sebelah stadium. Stadium apa tak tau... hehehehe

First time tu saya pergi malam.



 
Kangkung goreng belacan NTD 190

 
Seafood Tomyam NTD 290

 
Teipen Fried Beef NTD 290
 
 
Fish ball Soup NTD 290

 
Dessert bubur pulut hitam diberi percuma
 

 
Sambal cili
 
 
Air diberi percuma. Free flow of tea, milo, orange juice and Nestea.
 
 
Kaunter air. Ambil sendiri
 
 
Saya makan 3 orang and total bill is NTD 1342 termasuk 10% tax.
 
 
Semalam, kawan saya yang dari Indonesia dah balik, dan saya repeat pergi kedai ni sorang sorang. Kali ni order......


 
Chicken with cashew nut NTD 290

 
Kangkung lagi

 
Ada rombongan mungkin muslim dari negara China

 
Bungkus Pineapple Rice Rice untuk dinner.
NTD 290

 

 
Chinese Tea FOC
 
 
Total bill NTD 900.
 
Tuan punya kedai ni orang Thailand. Sungguh peramah. Wife orang Taiwan. Manis bertudung wife dia.
  
Disebelah kedai Yunus ni ada lagi satu kedai halal. Halal Bismillah Restaurant. Nampak sunyi saja tak ada orang. Saya belum cuba lagi. 
 

 


 
 


Saturday, 16 November 2013

Ai -Jia Qingzhen Beef Noodle Place

Before travelling to new country, selalunya saya akan cari di internet mana restoren halal paling dekat dengan hotel yang saya akan duduk. Walaupun saya bukan jenis yang kena makan proper meal, tapi carik la jugak kot tiba rasa nak makan nasi kan?

My usual meal kalau di negara yang tak de makanan halal will be bread and soft boil egg for breakfast. Salad and fruits for lunch. Kalau nasib baik dapat la grill fish. And malam, vegetarian pizza or just plain chips will do. Kalau ada halal restoren dekat dekat, maka kesitu lah setiap hari. Kalau tak ada, maggi pun ok.

Tapi dari pengalaman saya, restoren halal ada di mana mana. So tak de alasan tak boleh dapat makanan halal. Saya pernah ke Nay Phi Taw, the administrative city for Myammar. 5 jam by bus from Yangoon. Padang jarak, padang tekukur. Tapi masih boleh jumpa restoren halal.

Hari pertama saya di Taipei, makan maggi sahaja di bilik. Hari kedua, saya ada official dinner di hotel. Malam ketiga baru dapat keluar. So, me and my Indonesian friend decided to try halal local food.
 
We wanted to go to Ai Jia Qingzhen Beef Noodle. Alamat yang tertera di Zabihah.com is
 
(Ai-Jia) Qingzhen Beef Noodle Place
41, Alley 223, Zhongxiao East Road,
Section 4 
Taipei
 
Tapi bila saya tunjukkan alamat tu pada orang hotel, dia check and cakap restoren tu dah pindah. Dia siap call restoren tu tanya alamat baru dan tunjuk arah macam mana nak pergi. Jadi saya tak ada alamat baru tapi saya boleh cerita bagaimana untuk ke sana.
 
We took MTR (ala ala LRT la..) ke station Xiamen. Keluar dari station Xiamen ikut Exit 5. Jalan terus sampai nampak kedai 11 Eleven. Bertentangan dengan 11 Eleven tu ada Taisugar Hotel. Masuk ke kanan dan jalan terus. Simpang pertama, nama jalannya Yan Ping S. Road ( S tu South tapi memang dia tulis S saja), masuk kiri dan dah boleh nampak restorennya.

 

 
 
 
 
 
 
 
Dari jauh lagi tuan kedai ni dah bagi salam. Suka dia nampak orang muslim agaknya
 
 
 
Dalam restoren bersih dan teratur

 

 
Menu.

 
Appetiser. Self Service
 
Ada ambik tapi lupa harga berapa

 
Tukang masak
 
Ada macam macam lagi jenis noodle tapi saya order yang ni.

 
Taiwan Beef Noodle
Harga: NTD 120.
 
 
Rasanya biasa saja. Macam bakso la sikit sikit. Not something that I will go for again.
 
Kalau nak cheap halal food, this place is recommended. NTB 120 (RM 13.40) is considered cheap for halal food.
 
 
 


 


 
 
 
 

Tuesday, 12 November 2013

When I'm Away......

I'm currently in Taiwan.
For work
My first time here.

Everytime I travel
It's the same feeling
Its not sad... not lonely... tapi mmg mood akan lari

Its always the same routine everyday
Bangun, pergi kerja, balik, tido and next day
Same thing

Orang kata
"Journey is made by people you travel with"
Which is very true I think

Kalau travel alone ni
Apa pun tak buat
Tak de hati nak jalan jalan lawat kawasan keliling
Tak de hati nak tengok local attraction
Tak de hati nak shopping.... (some reservation on this depending on where I travel though)

Ramai kawan kawan cakap
Best la kau dapat jalan jalan tengok negara orang

The truth is.....
Mula mula tu excited la...
Segala ceruk solok diredah

Bila dah selalu
Mula rasa bosan

Nama pun manusia kan?
Bila tak ada, diminta hari hari
Bila dah selalu dapat,
Tak nak pulak

I think I should use this opprtunity to do khidmat masyarakat la.
I will find halal restaurant
Write a review in this blog
Sebagai panduan untuk other travellers.

Ok. Esok malam saya akan keluar cari halal restaurant di Taipei ni.
Kalau tak asik la makan kat hotel aje.
Frankly, dah 2 hari kat sini tapi belum pernah keluar dari pintu hotel ni sebab my meeting pun dalam hotel yang sama

Will start tomorrow.... hopefully