Anak saya yang seorang ni memang unik. She was born unique. Siapa siapa yang jumpa dia akan perasan keunikan budak sorang ni. Dan sepanjang 11 tahun saya hidup bersama anugerah Allah ini, macam macam benda yang dia buat yang membuatkan saya tersenyum bila mengingatkan.
When she was a baby, she's a happy baby. Hardly cry. When she laugh, she laugh big and loud.
Masa umur 2 tahun, dia lari masuk bilik air dan kunci bilik air dari dalam. Masa tu En. ID was in hospital. Panik saya dan bibik sebab takut apa apa jadi dalam bilik air yang ada baldi berisi air. Sementara bibik tengokkan dia dari cermin tingkap bilik air, saya panggil locksmith untuk buka bilik air tu. Mujur tak ada apa apa berlaku
Masa umur 2 1/2 tahun, saya dikejutkan dengan panggilan dari bibik pagi pagi sesampai saya di ofis. "Ibu... saya minta maaf bu.... adik bu... ya Allah bu... saya minta maaf" ulang bibik berkali kali. "Kenapa? Kenapa?" saya dah panik. "Adik potong rambutnya masa saya sedang mandi".
Saya balik, botak separuh rambut dia potong dengan gunting dapur. Bibik had a long lecture about not leaving her alone and house safety. Saya terpaksa potong rambut Ms M hampir botak untuk ratakan balik rambut dia. And because of that, dari berambut ikal lembut, sampai sekarang rambut dia kasar dan lebat.
At 4 years old, I lost her in Hong Kong Disneyland!
She talks non stop. Her favorite words that we always remember
"Close your eyes... no peeking".... whenever we play
"Talk to my hand"... (seriously... she said that when she's 3 when she doesn't want to hear anything which invited a stern look from us)
"Les tu" which mean "lepas tu"
"Kape?" for "kenapa?"
We sent her to kindy when she's 3 1/2. And she changed kindy many times.
We sent her to Sri Zesta for a while together with her sister then stop when Ms A masuk Darjah 1.
then
We sent her to Smart Reader when she 4 years old , had to pull out after 6 months because she refuse to talk in class. She just shut herself up. And it worry us because its a drastic change of behaviour
then pindah ke Krista. Tahan satu setengah tahun di Krista and she enjoyed Krista sebab cikgu cikgu nya baik baik sangat. Ikutkan aje cakap dia. Cikgu dia kata, kalau cikgu marah, dia akan berdiri belakang langsir and pretend that she is invisible. Homework tak buat pun cikgu tak marah. Mana tak suka kan?
Bila umur 6 tahun, saya tukarkan ke Q-Dees sebab saya rasa, masa untuk main main dah habis. Its time to learn. By now, Ms M masih tak boleh baca Bahasa Melayu. Only English. With an additional Mandarin lesson in Q-Dees, its a tough time for her.
By the way, Ms M only speaks English. Masa tu tak de lah risau sangat bila dia tak tahu cakap Melayu. Tak tahu yang bukan sikit sikit. Memang tak tahu langsung. Kalau saya cakap melayu dengan dia, dia akan cakap "English please". Masa tu Ms A ada untuk translate apa yang dia nak cakap pada bibik. Kalau yang dia tahu cakap pun basic malay macam "nak makan", "nak minum", "nak pergi taman".
Cikgu di Q Dees pernah cerita, dia dan kawan dia, juga budak melayu tapi tinggal lama di Australia, tengah buat colouring. Kemudian datang la sorang budak cina nak main sama. Budak cina tu ambik crayon kuning and cakap "ini kuning ke?" and Ms M and her friend, Raina looked at the girl like she's talking alien!
One day, Ms M came home and said her Mandarin teacher did not allow her to go to toilet during mandarin class. I asked the teacher why and the teacher said every day, at the start of the class, Ms M will say "Teacher I want to go to the toilet" in Mandarin and stay in the toilet until end of the session! hahahahaha... patut la cikgu tak kasi pergi dah. Ada ajer akal dia.
Because of the language barrier, she doesn't do well in kelas agama also. Ms A cakap adik asik tido aje kat kelas agama sebab dia tak paham apa ustazah cakap. And the ustazah tak boleh explain kat dia.
Bila masuk sekolah rendah, she masih tak lancar cakap Melayu. Cakap pun masih pelat. Sampai cikgu ingat mak dia gurkha sebab nak kata anak mat saleh, tak de rupa pan asian pun. She once asked me "Mummy.. am I English?" hahahaha... tak.... Kita Jawa..!
Now, at 11 years old, selepas setahun saya panggil tutor datang rumah ajar dia Bahasa Melayu, adalah improvement. Dah boleh la dapat markah 60 untuk BM. Dah pandai cakap bahasa Melayu dengan betul. Dan saya panggil juga ustazah ajar dia fardhu ain dan mengaji di rumah supaya dia lebih paham.
Tapi perangai pelik dia tu tetap ada. She still have 7 imaginary friends. She has a stuffed monkey named Kira yang dia bawak pergi mana mana. Dia tak makan sos and pegang botol sos pun tak nak. And because of her, rumah saya tak ada sos.
She is still the happy Ms M. Hidup sentiasa stress free. Bak kata Mama saya "Tak ada apa yang jadi kudis kat budak ni".
She is still the happy Ms M. Hidup sentiasa stress free. Bak kata Mama saya "Tak ada apa yang jadi kudis kat budak ni".
Everyone of us was born unique. And this is my unique Ms M
No comments:
Post a Comment