Monday, 22 September 2014

BERCELARU

Chaotic... bercelaru....

That's how I feel.
Sometimes rasa macam nak hybernate.
Nak curl myself away from everyone
Macam ulat gonggok, curl up duduk bawah batu

Kecil hati dengan beberapa orang
People close to my heart
Penat asik telan telan dan telan

Kerja banyak
Sibuk sangat sangat
Sesak nafas rasa

Tapi,
Alhamdulillah....
I am still surrounded by people who care
I have En ID who will make me smile in my worst day
I still have job that I enjoy doing it

Hope this sad feeling will go away.

Kena ingatkan diri for all the blessings from Allah
Sikit saja ujian ni.
Duhai hati.... sabar lah yer.

Minggu yang sangat sibuk. Will be travelling back to back.

Robbi yasir wala tu a'sir ya karim......




Friday, 12 September 2014

UPSR AJE KOT......

Semua orang bercakap pasal soalan UPSR yang bocor. And since Ms M ambik UPSR tahun ni, she was one of the affected student.
 
Heran lah saya. UPSR pun nak ada soalan bocor ke? UPSR aje pun. Why so kiasu?
 
Sebab nak naikkan rating sekolah and pusat tuition?
 
Sebab malu kalau anak tak dapat 5A?
 
Sebab nak jugak anak masuk asrama?
 
Alahai.... kita orang dewasa ni, kenapa bagi contoh yang kurang baik pada anak anak?
 
Kepada cikgu cikgu yang "tolong" kasi jawapan pada anak anak murid yang katanya lemah tu.... niat tidak menghalalkan cara yer cikgu.
Memang niatnya tu murni, tapi apa pengajaran yang cuba diberi kepada anak itu?
Tak apa untuk penipu? Nanti kalau dia kata "saya dulu masa ambik upsr, sebelum masuk dewan periksa, cikgu saya suruh hafal jawapan nya" cemane tu?
Nanti cikgu yang akan terima budak ni di sekolah menengah akan heran. Kenapa budak ni upsr bagus tapi satu apa pun dia tak tahu? Berkesan ke UPSR ni?
Banyak implikasi dari satu niat murni yang tidak betul cara perlaksanaannya.
 
Kepada ibu bapa yang berusaha cari soalan bocor ni untuk anak anak sebab nak anak tu dapat 5A..... again... niat tidak menghalalkan cara.
Dan... it just upsr for heavensake.
So what kalau anak tu tak dapat 5A? Exam is to test how much they understand. Exam is not a punishment. Kalau dapat 5A, alhamdulillah. anak tu faham semua yang dia belajar for the last 6 years. Kalau tak dapat, alhamdulillah, sebab kita tahu dimana kelemahan anak anak kita. Jadi belum terlambat untuk diperbaiki. Baru darjah 6 kan?
Kalau selalu disogok dengan "support" yang kurang betul ni setiap kali nak exam, sampai SPM pun masih macam tu jugak nanti macam mana?
 
Nak anak dapat 5A sebab nak masuk asrama? Masuk atau tidak asrama tu rezeki Allah. Tak tentu kalau dapat 5A dapat masuk asrama pun. And kalau dah dapat 5A pas tu tak dapat asrama, cemane? Mak ayah pergi cari kabel pulak ke nak jugak anak masuk asrama?
 
Giving full support for your kids success memang wajib. Semua ibubapa termasuk saya juga akan cuba sedaya upaya, semampunya untuk kejayaan anak anak. Tapi ada batasan dan etikanya.
 
And now, tak guna nak marah marah. Benda dah jadi. Our UPSR babies prepared and race but someone changed the finishing line. They just have to continue to race.
 
Good luck to all UPSR babies. You are already a CHAMPION even before the race end because you brace through it.
 
 

Thursday, 11 September 2014

MY SWEET 15

Today is Ms A 15th birthday.
 
 
My sweet Ms A.
My perfectionist, the girl with heart full of love.
She taught me a lot since the day she came to this world.
She taught me about patience and compassion
She transformed me.
From carefree, careless young lady
To who I am today.
Now.....
I'm concern about what happen to the world around me
I'm concern about the environment
I'm concern about the future
Because it all will affect the people I love
My babies.
She made me feel important
She gave me the sense of selfworthy
Because I am a mother
 
I just cannot describe how much I love her.
No word can describe how I feel.
 
Ya Allah... Terima kasih atas kurniaan Mu ini Ya Allah.
 
Ya Allah, kau lindungi lah anak ku ini di dunia dan di akhirat. Kau tetapkanlah imannya, jadikan lah dia anak yang solehah dan hambamu yang taat.
 
To Ms A,
 
HAPPY BIRTHDAY DARLING.
MUMMY,PAPA AND ADIK LOVE YOU SO MUCH
 
 
 
 
 

The faces of ratu selfie....!!!!!!
 

Monday, 8 September 2014

Good Luck Sweetheart.

Ms M will sit for UPSR tomorrow. Her first big exam.

Ms M being Ms M.... macam tu jer lah dia. Kalau tanya dah ready ke belum... "Sort of..." katanya. Me and En. ID tak nak pressure dia. We are here to support her. We know her capability and weaknesses. So far, for subjects Maths, Science and English tu alhamdulillah, she can do well. Tapi her weakness is Bahasa Melayu. Setakat ni gred terbaik yang dia dapat is B for both pemahaman dan Penulisan.

Setiap anak tu dilahirkan dengan kelebihan mereka yang tersendiri. We make sure she has all the support she need to do her best. Kami yakin dengan rezeki yang Allah telah rancang untuk dia. Sekarang hanya doa dan tawakal kepada Allah.

To my fluffy Ms M, all the best and good luck sayang!!!!

 

Friday, 15 August 2014

Post Raya Chaos

Masih lagi dalam mood raya amidst a very hectic month.

Lepas cuti raya, we resume project menukar kitchen cabinet yang dah lama tertangguh. Tertangguh sebab tak de masa nak cari accessories. Tertangguh sebab we went for holiday in June. Tangguh lagi sebab bulan puasa. So, hari Selasa lepas raya tu, baru lah start projectnya.

Bukan renovate pun, cuma tukar the existing kitchen cabinet yg dapat dari developer masa beli rumah tu 13 tahun lepas. Dah nak roboh dah cabinet tu. Nak tak nak kena juga tukar.

Contractor tu kata dalam 12 hari. Tutup la dapor 12 hari. Ms M and bibik tiap hari makan lunch kat luar. Malam pun dinner kat luar. Dah naik jemu lah makan kat luar. Tapi nak buat cemane, dapur tak de. And sebab tak de dapur, nak ajak orang datang raya ke rumah pun kena postpone la buat masa ni.

As of today, masih belum siap. Aduh... rimas rasa lah. Hidup tak terurus.

Our weekends are full with open houses. A blessing untuk orang yang tak ber dapur ni.

It is equally chaotic at work as well. Mid term review lah... organization changes. Haih...!!!!

Tengah sibuk nak monitor progress dapur ni, kena gi outstation jugak. I tried to minimise my traveling this year since both Ms M and Ms A exam tahun ni. Tapi nak tak nak kena gak la travel dekat dekat.

I was in Brunei last Tuesday. Second time in Brunei and 1st time there after the implementation of hudud law. Apa perbezaannya? Tak de apa. Brunei bagi saya sama aje macam sini. Cuma tak de la bar and lounge. Tapi since kita pun bukan ler pergi tempat tempat macam tu, jadi tak de la rasa apa beza pun.

Masa pergi tu naik Royal Brunei sebab MH flight ke Brunei only on alternate day. Isnin, Rabu and Jumaat. Tapi sebab saya tak nak stay lama, nak sampai, attend meeting, siapkan kerja dan balik, saya pergi naik Royal Brunei hari Selasa. In terms of service, RB sama macam MH bagi saya cuma again, no liquor was served dan sebelum berlepas, ada bacaan doa yang sungguh merdu dan panjang. Saya suka..!!!!! Regardless of the recent tragedy, saya masih MH loyalist.

Satu malam saja di Brunei and Rabu balik dah.

Next week ke Singapore pulak. Kesian Ms M. Mummy promise this should be the last trip before your exam darling.

Plan for this weekend, visit Ms A, a few open houses and hopefully dapur dah siap.

Salam Jumaat.

Tuesday, 12 August 2014

Aidil Fitri 2014

Dah 16 Syawal hari ni baru nak cerita pasal raya. Been busy at work and home, tak sempat nak update pasal raya.

Tahun ni kami beraya di Batu Pahat, rumah En. ID. Tapi My Mama dan My Abah juga asal dari Johor and tahun ni My Mama decided nak balik Muar jadi kami dapatlah beraya bersama juga.

Raya yang paling meriah for the girls sebab dapat rasa beraya di suasana kampung sebenar. Walaupun rumah En ID di Batu Pahat, tapi rumah teres, bukan rumah kampung jadi bukan lah beraya di kampung dalam erti kata sebenar.

Hari Raya pertama, the usual routine, masak, pergi solat sunat di masjid, kemudian makan dan sesi bermaaf maafan. Tengahari, kami bertolak ke Muar untuk beraya di kampung My Mama. Actually, rumah nenek tu dah kosong. Tiada siapa duduk tapi adik My Mama ada rumah di kampung sebelah. Jadi kami semua beraya dirumah Mak Ngah.

The usual hidangan di pagi raya. Ketupat, rendang ayam, rendang daging, kuah kacang dan lodeh.

 
 
 
 
 
Ms A and Ms M di depan rumah moyang nya.


 
 
Excited tengok pokok durian musang king

 
Pengalaman pertama petik buah manggis dari pokok.


Pokok pulasan yang meriah berbuah

 
Kutip hasil dari kebun
 
 
Semua reban itik, reban ayam diredah budak dua orang tu. Excited sangat sangat. Best raya ever katanya.

Hari Raya kedua, kami ke rumah pak cik belah My Abah di Semerah, Batu Pahat where keluarga belah My Abah akan berkumpul setiap tahun pada raya kedua.

Hari Raya ketiga, dalam perjalanan nak beraya di Kluang, singgah ke JPO pulak. My first time there. tak de lah membeli sangat. Saja cuci mata.

Hari Raya ke empat baru balik ke KL balik. Penat but it was a fabulous raya indeed.

SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR DAN BATIN.