Friday 15 August 2014

Post Raya Chaos

Masih lagi dalam mood raya amidst a very hectic month.

Lepas cuti raya, we resume project menukar kitchen cabinet yang dah lama tertangguh. Tertangguh sebab tak de masa nak cari accessories. Tertangguh sebab we went for holiday in June. Tangguh lagi sebab bulan puasa. So, hari Selasa lepas raya tu, baru lah start projectnya.

Bukan renovate pun, cuma tukar the existing kitchen cabinet yg dapat dari developer masa beli rumah tu 13 tahun lepas. Dah nak roboh dah cabinet tu. Nak tak nak kena juga tukar.

Contractor tu kata dalam 12 hari. Tutup la dapor 12 hari. Ms M and bibik tiap hari makan lunch kat luar. Malam pun dinner kat luar. Dah naik jemu lah makan kat luar. Tapi nak buat cemane, dapur tak de. And sebab tak de dapur, nak ajak orang datang raya ke rumah pun kena postpone la buat masa ni.

As of today, masih belum siap. Aduh... rimas rasa lah. Hidup tak terurus.

Our weekends are full with open houses. A blessing untuk orang yang tak ber dapur ni.

It is equally chaotic at work as well. Mid term review lah... organization changes. Haih...!!!!

Tengah sibuk nak monitor progress dapur ni, kena gi outstation jugak. I tried to minimise my traveling this year since both Ms M and Ms A exam tahun ni. Tapi nak tak nak kena gak la travel dekat dekat.

I was in Brunei last Tuesday. Second time in Brunei and 1st time there after the implementation of hudud law. Apa perbezaannya? Tak de apa. Brunei bagi saya sama aje macam sini. Cuma tak de la bar and lounge. Tapi since kita pun bukan ler pergi tempat tempat macam tu, jadi tak de la rasa apa beza pun.

Masa pergi tu naik Royal Brunei sebab MH flight ke Brunei only on alternate day. Isnin, Rabu and Jumaat. Tapi sebab saya tak nak stay lama, nak sampai, attend meeting, siapkan kerja dan balik, saya pergi naik Royal Brunei hari Selasa. In terms of service, RB sama macam MH bagi saya cuma again, no liquor was served dan sebelum berlepas, ada bacaan doa yang sungguh merdu dan panjang. Saya suka..!!!!! Regardless of the recent tragedy, saya masih MH loyalist.

Satu malam saja di Brunei and Rabu balik dah.

Next week ke Singapore pulak. Kesian Ms M. Mummy promise this should be the last trip before your exam darling.

Plan for this weekend, visit Ms A, a few open houses and hopefully dapur dah siap.

Salam Jumaat.

No comments:

Post a Comment