Tuesday, 22 July 2014

Ramadhan Yang Hampir Berlalu

Sedar tak sedar dah 24 Ramadhan hari ni. Rasa sekejap sangat. Sedih nak meninggalkan bulan Ramadhan ni. After 11 months of mundane daily routine, Ramadhan routine is something we look forward and enjoy.
 
Rutin saya dibulan Ramadhan ini, sahur selalunya dalam pukul 4.45. Selepas sahur, terus bersiap nak pergi office. Both me and En. ID keluar rumah pukul 6.15am. Less jam, less stress. Saya sampai office selalunya sebelum pukul 7. Peaceful office environment waktu pagi buat saya lebih produktif.
 
4.30pm, saya angkat bag dah. Bersedia untuk balik. Tapi petang petang ni jalan sesak selalu. Keluar pukul 4.30pm, sampai rumah dalam 5.45pm. Sempat la nak masak untuk berbuka.
 
Lepas buka, kami pergi solat terawih di surau dekat rumah saja. Dalam pukul 10 malam dah selesai. Kemudian boleh rehat dirumah dan siapkan makanan ringkas untuk sahur.
 
Itulah rutinnya setiap hari. Hujung minggu saya akan ke rumah My Mama atau My Abah untuk berbuka puasa.
 
Antara juadah berbuka minggu minggu lepas
 
 


 
Chicken wrap

 
Meehoon goreng putih

Ayam masak merah dan jelatah makan dengan nasi tomato

 
 



 
Lontong dengan rendang daging dan sambal sotong
 


 
Nasi lemak ayam berempah dan sambal udang

 
Nasi goreng ikan

 
Bubur Lambuk

Chili crab dengan mantou
 

 
And sempat buat ni cuti Nuzul Quran hari tu. Ini saja yang dibuat. Yang lain semua beli.
 

 
 
 

Friday, 18 July 2014

A Sad Day

Tragedi MH17.


Ya Allah... ampunilah dosa kami
Tunjukkan jalan yang lurus kepada kami
Permudahkan urusan kami dalam mencari redhaMu Ya Allah.

These are testing times
Its time for the nation to unite
Bukan kerana si Polan yang itu banyak dosanya
Si Polan lagi satu telah jauh sesatnya

Kita semua ada dosa
Dugaan untuk negara, dugaan untuk kita juga
Tidak perlu menuding jari kepada orang lain.
Mungkin ini kerana dosa kita sendiri.
Hanya Allah yang mengetahui

Semoga Allah memberi ketabahan kepada keluarga mereka yang terkorban



Friday, 11 July 2014

Persiapan Hari Raya?

Seriously, belum buat apa apa lagi.
 
Asik bertangguh saja, sedar sedar hari ni dah 13 Ramadhan.
 
Early this year, masa my sister kawin, buat 2 pasang baju melayu untuk En ID, dua pasang baju kurung untuk the girls and myself. Sebab nak ikut tema warna belah perempuan dan lelaki. So, rasanya kalau baju raya, dah cover lah kot. Pakai saja lah baju tu. And for myself, selalu jugak buat baju kurung untuk pakai ke office, pakai lah yang mana ada tu.
 
Tapi kesian pulak kalau budak budak tu tak de beli apa apa. Hari tu masa pegi holiday, ada juga diorang beli baju dua tiga helai. Tapi mummynya ni rasa macam janggal pulak kalau tak beli apa apa khas untuk hari raya untuk diorang.
 
Esok lah kot bawak pergi keluar cari apa apa yang diorang berkenan. Ms A pun balik bermalam dirumah hari ni.
 
Dulu, masa saya kecik kecik, jarang beli baju baru. Jadi waktu raya memang ditunggu tunggu sebab boleh dapat baju baru dan kasut baru. Tapi budak budak sekarang, bila beli baju dah tak ikut occasion, nikmat excited dapat baju raya tu dah kurang lah kan?
 
Talking about persiapan hari raya untuk rumah, oh... saya bukan jenis yang tukar langsir, perabut segala bila tiba hari raya. Langsir rumah tu dah 4 tahun. Yang tu jugak tiap tahun. Tapi saya akan ubah skit warna tema perhiasan lain macam alas meja, cushion cover dan hiasan meja. Itu pun recycle benda lama mostly. And usually, I will rearrange susun atur kerusi meja jadi nampak lain lah sikit.
 
Kuih raya, seperti tahun tahun lepas, order saja dari sahabat baik saya D. Senang sebab tahu biskut yang dia jual memang sedap. Ada la niat nak buat sendiri sikit tapi tengok la niat tu tinggal niat aje atau menjadi biskutnya.
 

 
 
Tema tahun lepas olive green. Apa tema tahun ni yer?
 

 

Tuesday, 8 July 2014

Juadah Berbuka Puasa

 
#5Ramadhan
Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah

 
#6Ramadhan
Mee Goreng Basah
Tahu Udang
Air Tembikai Laici
 
 
 
 

#Ramadhan7
Mee Kari
Apam Nasi
 
 
 
 
 
 
#8Ramadhan
Pot luck kat rumah My Abah. Bawak ayam masak kicap dengan bubur pulut hitam. No pictures.
 

Saya suka masak tapi tak ramai rakyat dirumah yang nak makan. My fridge is overloaded with frozen leftovers.
 


School Holiday - Day 1 London

We arrived at my friend's house late around 8pm. Alhamdulillah, sampai saja, DJ jamu kami dengan roast chicken dan mashed potato. DJ and me were roomates during our A Level time. DJ's husband is my senior in school. What a small world. They have stayed in London since years back. I think Dj's husband memang terus kerja kat sana lepas graduate dulu and DJ joined him after they got married in 1998 or 1999 rasanya.

Next day, bawak the girls pusing pusing London. This is their first time in London. Excited sangat. Cuaca pulak elok, tak panas and tak sejuk.

 
Trafalgar Square. Masuk juga museum kat belakang tu
 
 
Big Ben and Westminster Abbey
 

 
Tower Bridge
 
 
London Eye
 
 
Mesti kena makan Fish n Chips
 
 
Ripley's Believe It or Not at Picadilly Circus
 
Satu hari berjalan keliling London. Naik turun tube. Sampai rumah balik dalam pukul 8 malam. Semua dah kepenatan.
 
 


Thursday, 3 July 2014

Salam Ramadhan

Dah 5 Ramadhan hari ni. Been busy for the past few days.

Hari pertama berbuka puasa, ajak My Mama and adik beradik berbuka di rumah. Menu nya soto ayam. Buat juga bubur pulut hitam as dessert. My Along bawak bubur kacang durian.

Sebelum pergi solat terawih, sempat sambut birthday My Mama which falls on 30th June. HAPPY 66th BIRTHDAY Mama. Semoga diberkati didunia dan diakhirat.
 
 

 Happy My Mama dapat sambut birthday dengan anak cucu

Esoknya, bangun pagi tengok Ms M demam panas. Bawak pergi klinik. Doktor cakap mungkin viral fever. Risau juga bila dia demam dengan kes denggi sekarang ni. Little Ms Chirpy was flat out. Tidur satu hari. Kesian tengok dia.
 
 
Tengahari, me and My Mama hantar Ms A balik asrama. Bekalkan nasi ayam untuk buka puasa.
 
 
Also siapkan sambal ikan bilis kering dan serunding daging pack dalam bekas kecik kecik untuk dia makan sahur atau buka nanti. Sedih bila ingat dia kena berbuka dan sahur sendiri kat asrama.
 
 
 
 
Hari ke 3 puasa, buka dengan rojak. Beli saja.
 
 
And semalam, masak kuetiau goreng dan popiah goreng untuk berbuka.
 
 
 
As usual, we prefer light food for buka and only makan nasi dan lauk untuk sahur.
 
Salam Ramadhan semua. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya.