Friday, 15 August 2014

Post Raya Chaos

Masih lagi dalam mood raya amidst a very hectic month.

Lepas cuti raya, we resume project menukar kitchen cabinet yang dah lama tertangguh. Tertangguh sebab tak de masa nak cari accessories. Tertangguh sebab we went for holiday in June. Tangguh lagi sebab bulan puasa. So, hari Selasa lepas raya tu, baru lah start projectnya.

Bukan renovate pun, cuma tukar the existing kitchen cabinet yg dapat dari developer masa beli rumah tu 13 tahun lepas. Dah nak roboh dah cabinet tu. Nak tak nak kena juga tukar.

Contractor tu kata dalam 12 hari. Tutup la dapor 12 hari. Ms M and bibik tiap hari makan lunch kat luar. Malam pun dinner kat luar. Dah naik jemu lah makan kat luar. Tapi nak buat cemane, dapur tak de. And sebab tak de dapur, nak ajak orang datang raya ke rumah pun kena postpone la buat masa ni.

As of today, masih belum siap. Aduh... rimas rasa lah. Hidup tak terurus.

Our weekends are full with open houses. A blessing untuk orang yang tak ber dapur ni.

It is equally chaotic at work as well. Mid term review lah... organization changes. Haih...!!!!

Tengah sibuk nak monitor progress dapur ni, kena gi outstation jugak. I tried to minimise my traveling this year since both Ms M and Ms A exam tahun ni. Tapi nak tak nak kena gak la travel dekat dekat.

I was in Brunei last Tuesday. Second time in Brunei and 1st time there after the implementation of hudud law. Apa perbezaannya? Tak de apa. Brunei bagi saya sama aje macam sini. Cuma tak de la bar and lounge. Tapi since kita pun bukan ler pergi tempat tempat macam tu, jadi tak de la rasa apa beza pun.

Masa pergi tu naik Royal Brunei sebab MH flight ke Brunei only on alternate day. Isnin, Rabu and Jumaat. Tapi sebab saya tak nak stay lama, nak sampai, attend meeting, siapkan kerja dan balik, saya pergi naik Royal Brunei hari Selasa. In terms of service, RB sama macam MH bagi saya cuma again, no liquor was served dan sebelum berlepas, ada bacaan doa yang sungguh merdu dan panjang. Saya suka..!!!!! Regardless of the recent tragedy, saya masih MH loyalist.

Satu malam saja di Brunei and Rabu balik dah.

Next week ke Singapore pulak. Kesian Ms M. Mummy promise this should be the last trip before your exam darling.

Plan for this weekend, visit Ms A, a few open houses and hopefully dapur dah siap.

Salam Jumaat.

Tuesday, 12 August 2014

Aidil Fitri 2014

Dah 16 Syawal hari ni baru nak cerita pasal raya. Been busy at work and home, tak sempat nak update pasal raya.

Tahun ni kami beraya di Batu Pahat, rumah En. ID. Tapi My Mama dan My Abah juga asal dari Johor and tahun ni My Mama decided nak balik Muar jadi kami dapatlah beraya bersama juga.

Raya yang paling meriah for the girls sebab dapat rasa beraya di suasana kampung sebenar. Walaupun rumah En ID di Batu Pahat, tapi rumah teres, bukan rumah kampung jadi bukan lah beraya di kampung dalam erti kata sebenar.

Hari Raya pertama, the usual routine, masak, pergi solat sunat di masjid, kemudian makan dan sesi bermaaf maafan. Tengahari, kami bertolak ke Muar untuk beraya di kampung My Mama. Actually, rumah nenek tu dah kosong. Tiada siapa duduk tapi adik My Mama ada rumah di kampung sebelah. Jadi kami semua beraya dirumah Mak Ngah.

The usual hidangan di pagi raya. Ketupat, rendang ayam, rendang daging, kuah kacang dan lodeh.

 
 
 
 
 
Ms A and Ms M di depan rumah moyang nya.


 
 
Excited tengok pokok durian musang king

 
Pengalaman pertama petik buah manggis dari pokok.


Pokok pulasan yang meriah berbuah

 
Kutip hasil dari kebun
 
 
Semua reban itik, reban ayam diredah budak dua orang tu. Excited sangat sangat. Best raya ever katanya.

Hari Raya kedua, kami ke rumah pak cik belah My Abah di Semerah, Batu Pahat where keluarga belah My Abah akan berkumpul setiap tahun pada raya kedua.

Hari Raya ketiga, dalam perjalanan nak beraya di Kluang, singgah ke JPO pulak. My first time there. tak de lah membeli sangat. Saja cuci mata.

Hari Raya ke empat baru balik ke KL balik. Penat but it was a fabulous raya indeed.

SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Tuesday, 22 July 2014

Ramadhan Yang Hampir Berlalu

Sedar tak sedar dah 24 Ramadhan hari ni. Rasa sekejap sangat. Sedih nak meninggalkan bulan Ramadhan ni. After 11 months of mundane daily routine, Ramadhan routine is something we look forward and enjoy.
 
Rutin saya dibulan Ramadhan ini, sahur selalunya dalam pukul 4.45. Selepas sahur, terus bersiap nak pergi office. Both me and En. ID keluar rumah pukul 6.15am. Less jam, less stress. Saya sampai office selalunya sebelum pukul 7. Peaceful office environment waktu pagi buat saya lebih produktif.
 
4.30pm, saya angkat bag dah. Bersedia untuk balik. Tapi petang petang ni jalan sesak selalu. Keluar pukul 4.30pm, sampai rumah dalam 5.45pm. Sempat la nak masak untuk berbuka.
 
Lepas buka, kami pergi solat terawih di surau dekat rumah saja. Dalam pukul 10 malam dah selesai. Kemudian boleh rehat dirumah dan siapkan makanan ringkas untuk sahur.
 
Itulah rutinnya setiap hari. Hujung minggu saya akan ke rumah My Mama atau My Abah untuk berbuka puasa.
 
Antara juadah berbuka minggu minggu lepas
 
 


 
Chicken wrap

 
Meehoon goreng putih

Ayam masak merah dan jelatah makan dengan nasi tomato

 
 



 
Lontong dengan rendang daging dan sambal sotong
 


 
Nasi lemak ayam berempah dan sambal udang

 
Nasi goreng ikan

 
Bubur Lambuk

Chili crab dengan mantou
 

 
And sempat buat ni cuti Nuzul Quran hari tu. Ini saja yang dibuat. Yang lain semua beli.
 

 
 
 

Friday, 18 July 2014

A Sad Day

Tragedi MH17.


Ya Allah... ampunilah dosa kami
Tunjukkan jalan yang lurus kepada kami
Permudahkan urusan kami dalam mencari redhaMu Ya Allah.

These are testing times
Its time for the nation to unite
Bukan kerana si Polan yang itu banyak dosanya
Si Polan lagi satu telah jauh sesatnya

Kita semua ada dosa
Dugaan untuk negara, dugaan untuk kita juga
Tidak perlu menuding jari kepada orang lain.
Mungkin ini kerana dosa kita sendiri.
Hanya Allah yang mengetahui

Semoga Allah memberi ketabahan kepada keluarga mereka yang terkorban



Friday, 11 July 2014

Persiapan Hari Raya?

Seriously, belum buat apa apa lagi.
 
Asik bertangguh saja, sedar sedar hari ni dah 13 Ramadhan.
 
Early this year, masa my sister kawin, buat 2 pasang baju melayu untuk En ID, dua pasang baju kurung untuk the girls and myself. Sebab nak ikut tema warna belah perempuan dan lelaki. So, rasanya kalau baju raya, dah cover lah kot. Pakai saja lah baju tu. And for myself, selalu jugak buat baju kurung untuk pakai ke office, pakai lah yang mana ada tu.
 
Tapi kesian pulak kalau budak budak tu tak de beli apa apa. Hari tu masa pegi holiday, ada juga diorang beli baju dua tiga helai. Tapi mummynya ni rasa macam janggal pulak kalau tak beli apa apa khas untuk hari raya untuk diorang.
 
Esok lah kot bawak pergi keluar cari apa apa yang diorang berkenan. Ms A pun balik bermalam dirumah hari ni.
 
Dulu, masa saya kecik kecik, jarang beli baju baru. Jadi waktu raya memang ditunggu tunggu sebab boleh dapat baju baru dan kasut baru. Tapi budak budak sekarang, bila beli baju dah tak ikut occasion, nikmat excited dapat baju raya tu dah kurang lah kan?
 
Talking about persiapan hari raya untuk rumah, oh... saya bukan jenis yang tukar langsir, perabut segala bila tiba hari raya. Langsir rumah tu dah 4 tahun. Yang tu jugak tiap tahun. Tapi saya akan ubah skit warna tema perhiasan lain macam alas meja, cushion cover dan hiasan meja. Itu pun recycle benda lama mostly. And usually, I will rearrange susun atur kerusi meja jadi nampak lain lah sikit.
 
Kuih raya, seperti tahun tahun lepas, order saja dari sahabat baik saya D. Senang sebab tahu biskut yang dia jual memang sedap. Ada la niat nak buat sendiri sikit tapi tengok la niat tu tinggal niat aje atau menjadi biskutnya.
 

 
 
Tema tahun lepas olive green. Apa tema tahun ni yer?