Thursday 27 February 2014

Terapi


Its been a very very busy month at the office. My therapy after a very stressful day at the work.
 
I cook. I bake.
 
One day I plan to compile a recipe book consisting of all my girls' favourite food. I want to call it "Recipes for My Daughters".

 

 Congo Bar.


Lemon Rosemary Roast Chicken


Sambal ikan bilis potai.


Sherpherd's pie


Prawn green curry


Pembuka selera. Ikan bilis goreng dengan tempe


All time family favourite. Soto ayam.

Wednesday 26 February 2014

Of Being Parents

Sekarang tengah hangat diperkatakan berkenaan pasangan Malaysia di Sweden tu. I'm not here to comment on them. Saya doakan semoga dipermudahkan urusan mereka dan dapat disatukan kembali keluarga tersebut.
 
Apa yang saya ingin katakan ialah apabila cerita mengenai mereka di bincangkan di FB or other social media , komen dari kebanyakan orang berkenaan cara mendidik anak anak. Komen komen seperti....
 
"Aku dulu mak bapak pukul dengan batang paip, ok jer. Baru boleh jadi orang"
 
"Mak aku dulu, hanger, rotan, tali pinggang.. apa aku tak pernah kena. Mak bapak pukul untuk mengajar."
 
Dan komen komen yang sewaktu dengan nya.
 
My sincere question, adakah memukul untuk mengajar anak ini budaya kita? It is my sincere question because that is not how I was brought up.
 
Saya tidak kata cara itu salah. There is no one sure way on how to raise your kids. Mungkin cara itu betul tapi tidak bermakna cara yang lebih lembut itu akan melahirkan anak anak yang kurang hemah nya.
 
Mungkin benar. Anak anak yang dibesarkan dengan disiplin yang kuat, termasuk akan dipukul jika melakukan kesalahan akan menjadi individu yang lebih cekal, lebih kuat dan lebih berdisiplin. TETAPI, saya tetap menyokong anak anak yang dibesarkan dengan cara yang berbeza boleh menjadi individu yang sama cekalnya, kuatnya dan disiplin nya tetapi mereka mempunyai pemikiran yang berbeza. How they carry themselves will be different. Again, these differences doesn't mean one is better than the other.
 
Both me and En ID never hit our children. Not even a tap on their hands. Kami memang ibubapa yang "lemau". Approach kami lebih kepada bercakap... bercakap... dan bercakap. We talk like adult to our children. Tell them the consequences of their action. Mungkin kerana kedua anak kami perempuan.  Tapi tidak bermakna semasa kecil mereka duduk diam, sopan tanpa masalah. Anak anak saya banyak mengajar saya tentang kesabaran. Bila kesabaran makin nipis, suara akan semakin tinggi dan alhamdulillah, En ID will always be there to remind me to calm down. And vice versa, if he is angry, I will be the antidote.
 
Why we choose this approach? Firstly, because I was brought up that way. Saya tidak pernah dipukul atau dirotan oleh abah or mama. Never! For En ID, when I asked him about his childhood, he said doesn't want to remember the "not so nice" part. So, I take the cue that even if he did experience the "rotan", he just feel it is not good and he doesn't want his kids to experience it.
 
Kedua. Sebab saya tak sampai hati. Anak anak saya adalah anugerah Allah yang amat besar pada saya. Anugerah ini datang dengan tanggungjawab yang besar juga. Saya perlu banyak bersabar dalam membesarkan amanah Allah ini.
 
So, how do we manage their "misbehaviour"? Apa misbehavoiur yang usually akan menyebabkan orang rotan atau pukul anak yer?
 
If they throw tantrum - we physically remove her to another area until she calm down. Both of us will just look at her. If it happened at shopping complex, we angkat, masuk kereta and balik. When she has calmed down, we will ask her why she behave like that and told her the consequences of her action is that we all have to go home. The next time we want to go out, I will remind her that if she throw tantrum like the last time, we will go back and it will spoil the outing.
 
If they pecahkan or rosakkan barang - we will tell them to be careful next time. if it happen again, we remind them again. If it happen again, the next time she hold similar thing, we will remind them there and then to be careful and show them how to handle it correctly. Lemau kan? Yes. But yang pecah tu harta dunia. Boleh dibeli. Mereka harta akhirat saya.
 
Kalau mereka bergaduh... alah.. budak perempuan. Ganas mana lah kalau bergaduh. And since both me and En ID jarang meninggi suara, so, tak de lah diorang nak menjerit jerit pun. Habis habis pun.. mummy... look what adik did! Mummy.... look what kakak did!.
 
Solat - so far alhamdulillah. Mereka mendengar kata. Saya tekankan yang solat adalah ibadah kepada Allah. Tak boleh solat sebab takut mummy marah. Kena solat sebab Allah. Takut pada Allah.
 
So far, alhamdulillah. We feel our approach is ok.
 
Again, saya tidak kata merotan dan memukul anak itu approach yang salah. Different people, different family background apply different approach. Cuma yang saya ingin katanya, pendekatan yang lembut tidak semestinya akan melahirkan anak yang besar kepala, manja dan kurang disiplin.
 
Itu saja. Cheers!

Friday 21 February 2014

Tuan Tanah

One of my hobby is gardening. Although most of activities of gardening and maintenance is done by Bibik but I still determine what to plant and where to plant.

Last weekend, after a long hiatus, tuan tanah ni pergi lah jenguk juga tanah sekangkang kera kat belakang rumah tu. Bersihkan mana yang patut. Pokok yang perlu buang, kena buang. Bibik will not buang without my green light.

So, here is what I have at my backyard.

 
Cili api

 
Limau purut

 
Daun sup

 
Rosemary

 
Daun kesum

 
Daun kari dan serai

 
Pokok daun selasih yang dah kering. Nak dibuang tapi sayang. Try to salvage it. Tengok la seminggu dua ni macam mana keadaan dia

 
Cekur. Ini bibik saja yang reti guna.

 
Pokok ubi kayu untuk bekalan pucuk ubi bibik. Ini dah di trim. kalau tak, dah macam semak. Ada daun pandan bekalan untuk buat nasi lemak

 
Dan pokok rambutan! Tanah sekangkang kera masih ada hati nak tanam pokok rambutan!
 
 
We used to have pokok mangga kat sini tapi bila ada kerengga bersarang, we all tebang pokok tu. Sekarang diganti dengan pokok rambutan. Beli masa MAHA tahun lepas. Dah setahun dah ni. Bila agaknya boleh petik rambutan belakang rumah?