Wednesday, 25 June 2014

School Holiday

I took 2 weeks off work to spend time with my 2 girls last school holidays. I didn't tell them earlier about the holiday. Surprise!!!!!!

Memulakan perjalanan dari KLIA. Breakfast dulu.

 
Ni Lily the Lamb. Ms M bawak sekali. I limit seorang boleh bawak satu luggage saja and they have to carry their own luggage. Kalau tak dikasi limit, mau separuh rumah dia nak bawak.

 
Ms M bawak Kira, her stuff monkey jugak. 

 
They love the airline food. Tak tau la kenapa.....

 
The sky is blue

 
Arrived at the airport. Waiting for the pick up

 
Tumpang di rumah kawan.

 
To be continued....................

Tuesday, 24 June 2014

Kerana Kita Seorang IBU

Saya cuba bersangka baik
Cuba memahami keadaan si ibu itu
Susahnya menjaga anak OKU
Payahnya menjaga anak seorang diri

Cuba meletakkan diri ini dalam kasut dia
Gaji kecik
Keluarga jauh
Tapi sukar untuk saya paham
Bagaimana hati dia sanggup melihat anak sampai jadi begitu

Yang pasti, satu benda kita serupa
Kita seorang ibu
Naluri ibu... sanggup berlapar untuk anak
Naluri ibu... sanggup derita demi anak
Naluri ibu....sanggup buat apa saja untuk anak
Walaupun harus bergadai nyawa

Balik kerja, biar penat macam mana sekalipun, anak lah yang dicari dulu.
Dah makan ke? Dah minum ke? Dah mandi ke?
Kenapa baju koyak yang dipakai ni sayang?
"I fell down the stairs at school" adunya
Sambil tunjukkan kaki yang lebam
Meruntun rasa jiwa. Mummy was not there to lift you up
Because mummy has to work.
But mummy is here now
To kiss the pain away

Semua ibu nalurinya sama
The unconditional love to their children
Sayang bukan hanya di mulut
Tapi sayang datang dari hati
Dan dizahirkan dengan perbuatan

Saya ada sahabat yang sangat rapat dengan saya.
Yang saya anggap sahabat dunia akhirat saya
Dikurniakan Allah anak syurga
Born with cerebral palsy
15 tahun juga umurnya tahun ini
Such an adorable little lady
Dan sahabat saya menjaga amanah Allah itu sebaik mungkin
Saya kagum dengan dia
Saya tahu tidak senang menjaga anak istimewa
But she made it look so easy
And anak itu membesar dengan suasana penuh kasih sayang
She is a live wire
Sentiasa menceriakan keadaan
Dan saya anggap anak itu seperti anak saya juga

Kerana kita seorang IBU.